May 01, 2011

Penderiaan ( Remote Sensing )

Penderiaan jauh ( remote sensing ) adalah merupakan satu sistem perolehan maklumat mengenai sesuatu objek di bumi tanpa menyentuhnya, ia melibatkan proses pengkuran dari merekod tenaga elektromagnetik yang dibalikkan atau dipancarkan dari permukaan bumi dan atmosfera menggunakan penderia yang dipasang pada pesawat udara atau satelit.

Data imej yang diterima oleh sensor akan ditukarkan ke dalam bentuk imej berdigit. Komputer digunakan untuk memapar menonjol, mengolah dan memproses data berkenaan. Analisis dilakukan keatas imej yang telah diproses bagi memporelehi maklumat tertentu muka bumi seperti rangkaian jalan, jenis tumbuh-tumbuhan, kawasan berair dan sebagainya.

Perolehan data permukaan bumi menggunakan teknologi penderiaan jauh mempunyai beberapa kelebihan. Data boleh diperolehi dengan kerap, melibuti kawasan yang luas dan perakaman dibuat secara berulang, lebih cepat dan juga dapat membantu dalam membuat kajian bagi kawasan yang tidak mudah dijelajahi.

No comments:

Pages