Adalah penting untuk mengetahui arah naik dan turun matahari bagi memastikan
ruang-ruang di dalam bangunan mendapat cahaya yang memcukupi.
Pemandangan yang cantik dan menarik akan membantu meningkatkan harga pasaran.
- Mengelakan Kawasan Rendah
Tapak dipastikan tidak terlalu hampir dengan sungai atau kawasan rendah bagi
mengelakan berlaku banjir.
Bekalan elektrik, air dan telefon serta jalinan jalanraya, pengakutan, pendidikan dan
lain-lain keperluan asas perlu diambilkira.
Tanah seharusnya dipastikan tanah asal dan bukan tanah timbus tempat buangan
sampah atau tanah sawah ( paya ).
Pembinaan hendaklah dielakkan berhampiran dengam kuari, lombong, kilang atau lapangan terbang terutamanya bagi project kediaman supaya tidak ganguan dari segi pencemaran udara, bunyi dan kekotoran terhadap pemilik dibelakang hari.
Kawasan tanah rata akan memudahkan kerja dan menurunkan kos pembinaan jika
dibandingkan dengan tapak yang berbukit bukau atau tinggi rendah yang pastikanmemerlukan kerja-kerja meratakan permukaan tanah.
- Kawasan Tanah Bersaliran Baik
Kawasan yang mempuyai anak sungai lebih diutamakan kerana kawasan ini mempunyai saliran yang baik dan tidak mudah ditenggelami air.
No comments:
Post a Comment