Showing posts with label Penyelidikan dan Penyediaan Tapak Pembinaan. Show all posts
Showing posts with label Penyelidikan dan Penyediaan Tapak Pembinaan. Show all posts

April 27, 2011

Maklumat-Maklumat Yang Diperlukan Semasa Membuat Tinjauan Tapak

  • Arah Matahari
Adalah penting untuk mengetahui arah naik dan turun matahari bagi memastikan ruang-ruang di dalam bangunan mendapat cahaya yang memcukupi.
  • Pemandangan
Pemandangan yang cantik dan menarik akan membantu meningkatkan harga pasaran.
  • Mengelakan Kawasan Rendah
Tapak dipastikan tidak terlalu hampir dengan sungai atau kawasan rendah bagi mengelakan berlaku banjir.
  • Kemudahan Awam
Bekalan elektrik, air dan telefon serta jalinan jalanraya, pengakutan, pendidikan dan lain-lain keperluan asas perlu diambilkira.
  • Tanah Tapak Bangunan
Tanah seharusnya dipastikan tanah asal dan bukan tanah timbus tempat buangan sampah atau tanah sawah ( paya ).
  • Faktor Alam Sekeliling
Pembinaan hendaklah dielakkan berhampiran dengam kuari, lombong, kilang atau lapangan terbang terutamanya bagi project kediaman supaya tidak ganguan dari segi pencemaran udara, bunyi dan kekotoran terhadap pemilik dibelakang hari.
  • Kawasan Tanah Rata
Kawasan tanah rata akan memudahkan kerja dan menurunkan kos pembinaan jika dibandingkan dengan tapak yang berbukit bukau atau tinggi rendah yang pastikanmemerlukan kerja-kerja meratakan permukaan tanah.
  • Kawasan Tanah Bersaliran Baik
Kawasan yang mempuyai anak sungai lebih diutamakan kerana kawasan ini mempunyai saliran yang baik dan tidak mudah ditenggelami air.

April 24, 2011

Tinjauan Tapak

Tinjauan tapak merupakan kerja yang dilakukan secara melawat atau mninjau ke tapak bina yang dicadangan untuk mendapatkan maklumat secara pandangan kasar dan pendapat-pendapat daripada masyarakat yang berhampiran dengan kawasan pembinaan.

Sebagai contoh, untuk menbina sebuah hospital, Kementerian Kesihatan mencadangkan satu tapak dan memberikan maklumat perlu yang berkaitan dengan pembinaan hospital tersebut dari segi jumlah pesakit yang dianggarkan dan lain-lain keperluan kepada Jabatan Kerja Raya atau Kontraktor.

kontraktor kemudian akan membuat tinjauan ke atas tapak pembina yang dicadangan itu berdasarkan apek berikut:
  1. Jumlah pesakit
  2. Jumlah bangunan yang akan dibina
  3. Kesesuaian kawasan berdasarkan kehendak tinjauan tapak
Sekiranya faktor-faktor di atas memenuhi kehendak maksimum, tapak yang dicadangkan akan dipilih.

Pages