April 10, 2011

Jenis Bearing

Azimuth ( Bearing Benar )
Azimuth merupakan bearing yang rujuk kepada utara benar yang terletak dipaksi pusingan bumi. Meridian dalam sistem ini dipanggil meridiam benar. Azimuth jarang digunakan dalam kerja ukur secara terus, tetapi ia penting bagi jurukur tanah kerana ia mudah diperolehi dengan titikan matahari. Azimuth perlu ditukar ke bearing grid untuk digunakan dalam kerja ukur.

Bearing Magnet
Bearing magnet merupakan bearing yang rujuk kepada utara magnet meridiam dalam sistem ini dipanggil meridiam magnet. Ia diperolehi secara mudah dengan kompas prima. Bearing ini tidak boleh digunakan dalam kerja ukur tepat kerana titik utara sentiasa ubah posisinya. Perubahan ini berlaku pada setiap hari/tahun. Bearing ini amat berguna untuk latihan dan cari tanda-tanda sempadam dalam kerja kadaster.

Bearing Grid
Bearing Grid adalah bearing yang diperolehi dari rujukan peta. Bearing ini berdasarkan kepada Meridiam Rujukan Utara Grid tidak wujud, cuma satu titik sebarang hasil dan penyusuhan satu Meridaim grid selari dengan satu meridiam benar ditengah kawasan ukur. Meridiam grid tersebut dipanggil Meridaim Rujukan dalam sistem koordinat grid.

No comments:

Pages